Tuesday, February 3, 2009

Aku dan kereta

Seawal 7 pagi dah bertolak dari puchong menuju ke UM..kebiasaanya waktu ni tak jem lagi..tapi hari ni merupakan satu pengalaman baru untuk pemandu yang masih memegang lesen P seperti aku(tapi dah nak habis dah bulan 5 ni)..jem teruk di tiga kawasan iaitu jem di tol yang dekat kelana jaya tu,jalan nak masuk federal highway dan depan angkasapuri..cukup-cukup membuatkan pagi nan sayu(sebab kene balik UM) menjadikan pagi yang sangat mencabar(bagi orang lain maybe dah biasa kot)..

Selama ni aku cukup takut nak berhadapan ngan jem..setakat jem sket2,yang tak banyak line jalan tu xpela..ni sampai berlapis-lapis kereta..perkara yang cukup membimbangkan waktu nak kene selit-selit untuk menghimpit ke kiri(kalo tak terlepas pulak persimpangan)..tapi hari ni aku berjaya mengatasi ketakutan tu dengan pemanduan yang penuh berkhemah(ayat perasan..huhu)..syabas buat diriku!!(mengikut pakar motivasi sesekali kita kene ucap tahniah kat diri kita sendiri:p)

Sebenarnya aku ni seorang yang cukup penakut nak bawa kereta satu ketika dulu..lesen pun terpaksa ambil disebabkan ayah dah mendaftar kat sebuah kelas memandu ni..masa tu aku akhir sem kat nilam puri..balik-balik je tetiba ayah kata minggu depan start belaja kereta..nak tak nak terpaksa la pegi..setelah belajar selama sebulan lebih,akhirnya berjaya juga aku dapatkan lesen P ni(tu pun terlalu panjang kisah masa nak dapatkan lesen P ni)..after that,tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk menggunakan lesen P ni supaya boleh memandu ke mana-mana,ingatkan nak simpan je dalam beg duit buat pekasam..huhu



Akhirnya matlamat seorang budak yang penakut ni tak berjaya(nak simpan je lesen tu)..aku terpaksa membawa kereta disebabkan malas nak berebut bas time nak g kelas(alhamdulillah ade kete lebih kat umah:p)..dengan tekad yang tak seberapa tu,aku bawa jugak kereta..mula-mula memandu dalam kawasan UM je..pegi isi minyak pun orang yang tolong(thanks kak sa)..hehe..tapi lama kelamaan semua tempat aku redah..biasala dah mula selesa kan..cuma balik johor je tak pernah lagi sebab ayah tak bagi(maybe sbb sorang diri)..

Pengajaran yang aku dapat dari cerita aku ni adalah atasi ketakutan yang kita ada dengan menghadapinya..setiap benda ada cabarannya..cabaran membuatkan kita lebih bersedia dan lebih maju ke hadapan..jadi jangan biarkan ketakutan membelenggu diri anda..atasinya dengan semangat,azam dan tekad yang kuat..insyaAllah kita pasti berjaya..

p/s:entri ni juga ditujukan khas buat seorang hamba Allah yang dekat dengan diriku..semoga kita sama-sama dapat mengatasi ketakutan yang ada dalam diri kita..peace no war:p

2 comments:

  1. ada satu lagi tempat awak tak pegi... UIA GOMBAK!!!! hehehe

    ReplyDelete
  2. oh yela..huhu..bukan xnak g tp masih tak berkesempatan..insyaAllah suatu ms nanti akan g gak..tak naik kete naik lrt:D

    ReplyDelete