Showing posts with label student's life. Show all posts
Showing posts with label student's life. Show all posts

Thursday, April 30, 2009

Debaran hati...

Terasa bebas..bebas sebebas-bebasnya (boleh ke buat ayat BM macamni?)..
lega rasanya bila berjaya melepasi 4 paper exam berturut-turut..tu yang berturut-turut..yang sebelum ni tak kira lagi..hari-hari menghadap nota..
bak kata pepatah orang gila bola, makan bola, tido bola, mandi bola (eh adeke?)..mcmtu jgk bila tiba minggu peperiksaan..makan nota, tido nota, ngadap laptop pun bwk nota..huhu..boleh dikatakan tangan ni tak lepas dari nota-nota walaupun hakikatnya hanya memegang tanpa membaca..biasala kan bila pegang pun hati dah boleh jadi tenang..hehe

Actually bebas hanya sementara je..ade 4 sem lg perlu ditempuhi dan bermakna 4 kali lg menjadi pengunjung setiasa bangunan peperiksaan..sebut pasal bangunan peperiksaan ni, teringat waktu paling berdebar-debar masa study ni adalah waktu nak masuk dewan peperiksaan la rasanya (boleh pakai ke andaian ni..ke ade waktu lain contohnya ternampak si buah hati..huhu)..masa kat depan pintu macam-macam rasa ada..kepala ni rasa kosong..maklumla takut punya pasal..takut apa yang dibaca tak keluar..kalo tak keluar macam mana?..tak kan nak mintak tolong orang sebelah (pst..pst.. soalan satu ni apa dia nak?..itu pun kalo berani..) paling senang angkat tangan minta tolong pensyarah..(doktor soalan yang ni yang mane ye?) kalo bernasib baik dapatla jugak hint..tapi bukan jawapan..:)

Pada kekawan yang tak habis exam lagi janganlah berputus asa.. teruskan membaca..lakukan yang terbaik..anda juga akan merasai kebebasan, ketenangan setelah tamat peperiksaan..chayok2!!

Monday, February 23, 2009

Family Day SMPI

Semalam baru sahaja diadakan family day untuk budak-budak sarjana muda pendidikan Islam(SMPI) dari first batch hingga akak-akak dan abg-abg yang dah final year..Family day ni diadakan di taman tasik perdana,kuala lumpur.. Dengan bertemakan seindah perkenalan, semekar kenangan, program yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang sangat meriah daripada pelajar-pelajar,pensyarah dan penyelaras program SMPI..Ni wajah-wajah keriangan siswi-siswi SMPI tahun 2..



banyak juga aktiviti yang menarik..tapi oleh kerana kesuntukan masa, ada beberapa yang tak dapat dilaksanakan..walau apapun tetap menggembirakan..ni antara aktiviti yang telah berjaya menghuru harakan family day hari tu...



muka-muka siswa-siwa SMPI thn 2 yang bersemangat nak menang tapi terkandas tengah jalan..x berapa nak kuat..oppss bukan-bukan..actually kawasan yang dorg dapat tu lecak..tu yang kalah tu(ayat backing ni)..huhu


turut tak ketinggalan pensyarah-pensyarah yang amat sporting..anak ustaz rahimi yang menjerit memberi sokongan kepada ayahnya.."papa..papa..."so cute... dan team pensyarah telah memenangi tempat pertama dalam acara tarik tali ni..syabas ustaz!!



Gambar mahasiswa dan mahasiswi SMPI 07/08..moga ukhwah yang dibina terus berkekalan dan semoga program-program seperti ini dapat dijalankan pada sem seterusnya..:)