Thursday, January 29, 2009

Atas Nama Ibu

Terdetik nak tulis kat sini sewaktu menonton cerita atas nama ibu kat atro prima jam 2 petang tadi..cerita ni bebetul mempunyai nilai dan pengajaran yang tinggi untuk kita semua..cerita ni mengisahkan tentang seorang wanita yang berstatus ibu, dipenjarakan kerana dituduh membunuh suaminya..3 orang anak wanita ini yg sudah berumahtangga..tetapi hanya seorang anak lelaki yang sentiasa melawat ibunya dipenjara walaupun selalu mendapat layanan yang dingin daripada ibunya ketika lawatan..2 lagi anaknya langsung tidak mempedulikan beliau..

Anak lelaki yang berbuat baik pada ibunya ni hanya tinggal di sebuah kampung manakala abg dan kakaknya menetap di bandar..selepas wanita ni keluar dari penjara anak lelakinya yang taat ni la yang menjaga beliau..2 orang lagi anaknya langsung tak tunjuk muka kecualila kalo ade hal yg berkaitan wasiat..dipendekkan cerita akhir kisah ni semua anak-anaknya menjadi baik..tu pun selepas 2 orang anaknya ni ditimpa kesusahan..seorang bankrup seorg lagi tak tengok pulak(sebab pegi dapur..hehe)..anak yang dikampung juga yang hidup dengan aman dan selesa walaupun tanpa kemewahan..

Kisah ni amat dekat dengan kehidupan kita sekarang..berapa ramai anak-anak yang lupa pada ibu bapa selepas mereka mendapat kejayaan..yang sanggup hantar mak ayah ke rumah orang-orang tua kerana mengejar kemewahan..teringat kata-kata ustaz zawawi(pensyarah yang ajar kaedah bahasa arab sem ni)..sebenarnya kalo kita bela mak ayah kita yang dah tua,kita tak akan bertambah miskin..harta kita tak akan berkurang sebab belikan barang-barang keperluan mak ayah kita,beri makan pada mereka..malah kita menjadi semakin kaya kerana setiap orang tu ada rezeki yang Allah bagi..mak ayah kita ada rezeki untuk mereka yang Allah bagi..so kalo kita bela mak ayah kita yang dah tua,maka bertambahlah rezeki kita..walau sesusah mana kita,kalo kita bela mak ayah dengan ikhlas,insyaAllah rezeki tu tetap ada..benda ni bukan percakapan kosong,tapi dari pengalaman-pengalaman mereka yang menjaga orang tuanya..

Perkara ni dikhususkan terutamanya pada kaum lelaki la..kerana syurga seorang lelaki terletak di bawah telapak kaki seorang ibu..walaupun sudah berkahwin ibu tetap berada ditangga teratas dan isteri di tangga kedua(tapi janganla sampai menganiaya isteri<- ditujukan pada orang yang suka ambil kesempatan atas kata-kata ni:p)..lain pula ngan si isteri..kalo dah berkahwin ibu dah jadi no 2..suamilah yang menjadi keutamaan kita(berat tugas ni)..

Jadi kepada para-para lelaki andalah yang akan mencorakkan sebuah keluarga dan andalah yang bertanggungjawab mendidik isteri dan menjaga ibu bapa anda yang sudah tua..kepada para wanita janganla bersedih..walaupun ibu bapa kita dah jadi no 2 selepas kita berkahwin,walaupun pada hakikatnya merekalah yang bersusah payah mendidik kita..tetapi ingatlah,kalau kita mampu menjadi isteri yang baik kepada suami,ibu bapa kita turut berasa gembira dan mudah-mudahan mereka diberi pahala atas didikan yang baik kepada kita..dan jikalau ditakdirkan suami or bakal suami kita menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua,bantulah mereka agar mereka menjadi anak yang soleh dan tergolong dalam orang-orang yang berbakti pada ibu bapa..

Doakanlah ibu bapa kita agar mereka sentiasa dilindungan dan dirahmati oleh Allah dan mudah-mudahan mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh..

اللهما اغفرلي ذنوبي ولوالديٌ وارحمما كما ربُياني صغيرا

" Ya Allah, ampunilah dosaku dan kedua ibu bapaku, Dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka menjagaku semasa kecil"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, January 21, 2009

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu...

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fajr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…

Saturday, January 17, 2009

kepala babi - satu penghinaan

benda ni gempar kat um semalam..penat nak komen bnyk2..kalo dpikirkan balik mendidih hati ni..smoga org yg buat benda2 camni segera bertaubat(kalo diri tu mengaku islam)..sesungguhnya azab Allah itu amat pedih..bukak web ni kalo nak tahu..

http://mahasiswakini.com/archives/879

Saturday, January 10, 2009

Save our Brothers and Sisters



Sekurang kurangnya kita mampu berdoa utk perjuangan mereka..

Sunday, January 4, 2009

Selangkah dalam memahami As-Sunnah

Allah berfirman di dalam surah Ali Imran ayat 31:

قل ان كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفر لكم ذنوبكم والله غفور رحيم

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Di dalam ayat ini, Allah menerangkan bahawa jika umat Islam benar-benar mencintai Allah, maka hendaklah mereka mengikut segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan mengamalkan segala sunnahnya.. Sebagai balasan, Allah akan mengasihi serta mengampunkan dosa-dosa mereka..

Menerusi ayat ini, para ulamak telah menyimpulkan bahawa, jalan terbaik dan terpantas untuk mendapatkan cinta Allah adalah dengan menuruti segala sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w, memandangkan kalimah 'fattabi'uuni' (maka ikutilah daku) dan 'yuhbibkumullah' (kamu akan dicintai Allah) duduk bersebelahan tanpa sebarang pemisah..



.:Sunnah Menurut Al-Qardhawi:.

Ramai dari kalangan kita juga tersilap dalam konteks perbuatan Nabi S.A.W. Ada yang menyangka bahawa segala perbuatan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. adalah sunnah. Namun sebaliknya, para Ulamak telah menegaskan bahawa sunnah merupakan apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. dengan tujuan untuk mendekatkan diri Baginda kepada Allah.

Sebagai contoh, Nabi S.A.W. kadangkala bersolat 2 rakaat Fajar, kemudian Baginda baring mengiring di atas sisi kanannya. Maka sebahagian Ulamak; antaranya Ibnu Hazzam, berpendapat bahawa menjadi satu kemestian bagi mereka yang telah selesai solat Fajar, untuk baring mengiring di atas sisi kanannya.

Namun Aisyah r.a. menyatakan bahawa, “Sesungguhnya Nabi S.A.W. bukan berbaring untuk tujuan Sunnah, tetapi Baginda melakukannya kerana Baginda letih kerana telah bersungguh-sungguh beribadat pada sebelah malamnya, lalu Baginda berehat seketika.”

Justeru, amatlah penting bagi kita untuk mengetahui apakah amalan yang dikategorikan sebagai sunnah, dan apakah amalan yang tidak dikategorikan sebagai sunnah.

Namun kefahaman ini sudah bercampur aduk serta menjadi sukar untuk dibezakan. Sebagai contoh, dalam masalah makan. Ramai dari kalangan kita yang berpendapat bahawa makan dengan sudu dan garpu serta duduk di atas meja makan yang dikelilingi kerusi adalah bid’ah. Kenyataan ini saya kira sebagai kenyataan yang melampau, kerana adat dan kebiasaan ini berbeza serta berubah-ubah mengikut perbezaan tempat dan peredaran zaman.

Nabi S.A.W. dahulunya makan mengikut kebiasaan kaumnya serta menurut apa yang sesuai dengan peribadinya, iaitu peribadi yang zuhud, merendah diri dan ringkas. Justeru, tidak dikira makan di atas kerusi serta makan menggunakan sudu dan garpu sebagai bid’ah dalam agama.

Namun, kadangkala timbul pula masalah dari aspek yang lain, sepertimana yang pernah dibincangkan bersama saya, dan kadangkala diterbitkan dalam majalah serta kitab-kitab agama, tentang masalah makan dengan tangan kanan. Mereka mengatakan bahawa makan dengan tangan kanan tidak termasuk dalam sunnah. Lalu saya menyatakan, “Tidak, dalam hal ini kita berkecuali. Masalah makan dengan sudu dan garpu serta makan di atas meja atau di atas lantai, ianya berkaitan dengan perbuatan & kebiasaan. Setiap orang makan mengikut kesesuaian serta adat kaumnya, tanpa ada tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah, ataupun niat untuk mengikut sunnah Baginda S.A.W. Tetapi telah jelas dalam masalah makan dengan tangan kanan ini bahawa Nabi S.A.W. bermaksud untuk menjadikannya sebagai sunnah, berdasarkan sabda Baginda kepada seorang budak:

“Wahai budak, sebutlah nama Allah, kemudian makan dengan tangan kananmu, dan makanlah apa yang berdekatan dengan kamu dahulu.”

Tambahan pula, banyak Hadith yang melarang sebaliknya, iaitu makan dengan tangan kiri, menurut Hadith:

“Janganlah ada dikalangan kamu makan ataupun minum dengan tangan kirinya, kerana sesungguhnya Syaitan makan dan minum menggunakan tangan kirinya.”

Kerana itulah sebahagian ulamak menyatakan bahawa hadith tersebut menunjukkan atas pengharaman makan dan minum menggunakan tangan kiri, kerana ianya menyerupai perbuatan syaitan.

Pernah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, sesungguhnya ada seorang lelaki yang makan di sisi Rasulullah S.A.W. menggunakan tangan kirinya. Lalu Rasulullah pun menegurnya, “Makanlah dengan tangan kananmu.” Lelaki itu menjawab, “Aku tidak boleh. ” Baginda pun bersabda, “Kau tidak boleh?” Dikatakan bahawa lelaki itu tidak lagi mampu untuk menyuap makanan ke mulutnya selepas itu. Perisiwa ini menunjukkan kepada kita betapa dituntutnya makan menggunakan tangan kanan.

Oleh itu, kita perlulah tahu serta pandai membezakan antara perkara yang diniatkan sebagai sunnah, warid nas tentangnya, dan dimaksudkan untuk mendekatkan diri kepada Allah, dengan perkara yang dilakukan semata-mata kerana suatu kebiasaan atau adat sesuatu kaum itu.

Kadangkala Nabi S.A.W. melakukan sesuatu perkara itu sepertimana yang dilakukan oleh kaum Baginda ketika itu. Baginda makan sepertimana mereka makan, Baginda minum sepertimana mereka minum, dan Baginda berpakaian sebagaimana mereka berpakaian. Kadangkala pula, ianya disebabkan tabiat semulajadi Baginda, sepertimana Baginda menyukai sayur labu air. Adakah dituntut setiap orang dari kalangan kita untuk menyukainya juga? Perkara ini sebenarnya sangat bergantung kepada naluri semulajadi manusia dan perasaan individu serta persekitaran mereka. Ada yang menyukai labu air, dan ada yang menyukai jenis sayuran yang lain.

Nabi S.A.W. sangat gemar akan daging haiwan di bahagian atas betis. Kadang-kadang terdapat juga antara kita yang menyukai daging di bahagian belakang, daging betis dan sebagainya.

Apabila kegemaran kamu secara kebetulan menyamai kegemaran Nabi S.A.W., maka itu merupakan suatu kebaikan dan keberkatan anugerah Allah. Namun jika seseorang itu hendak menuruti segala perbuatan Nabi S.A.W. walaupun ianya bukan merupakan sesuatu yang dimaksudkan Nabi sebagai suatu Sunnah, atau perkara yang boleh mendekatkan diri Baginda kepada Allah, maka itu merupakan kesempurnaan kecintaannya kepada Nabi S.A.W., serta satu kesungguhan untuk menurut segala peninggalan Baginda. Perbuatan seperti ini juga sangat dipuji, namun ianya bukanlah suatu perkara yang dituntut.

Jika ada seseorang itu mengatakan, “Aku ingin meniru serta melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh Nabi S.A.W., walapun ianya tidak dimaksudkan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Aku hendak makan di atas lantai dan makan menggunakan tangan sepertimana yang dilakukan oleh Baginda.” Maka kami katakan, “Jazakallahu khairan. Semoga Allah memberi balasan kebaikan kepadamu.” Kita tidak mengingkari perbuatannya itu. Boleh jadi dia juga akan mendapat pahala berdasarkan niatnya yang baik itu.

Sebagai contoh, Ibnu Umar r.a. Disebabkan kecintaannya yang salangat mendalam serta kesungguhannya untuk mengikut segala perbuatan Nabi S.A.W., beliau akan menuruti apa sahaja yang dilakukan oleh Baginda, sama ada perkara itu dituntut oleh Baginda untuk menurutinya mahupun tidak. Begitu juga halnya dengan kebanyakan para sahabat Baginda yang lain.

Para sahabat juga pernah melihat Ibnu Umar bersolat dalam keadaan beliau membuka butang bajunya. Apabila beliau ditanya oleh para sahabatnya yang lain tentang hal itu, beliau menjawab, “Aku melihat Nabi S.A.W. melakukannya.” Moga-moga Nabi S.A.W. melakukannya ketika hari yang panas atau ketika musim panas. Lalu kamu melakukannya ketika musim panas dan juga musim sejuk. Ini merupakan pandangan tentang Ibnu Umar r.a.

Begitu juga ketika Ibnu Umar r.a. sedang bermusafir, beliau melencong sedikit ke tepi jalan apabila tiba di suatu tempat. Para sahabat beliau menjadi pelik. Lalu khadamnya memberitahu mereka bahawa Ibnu Umar r.a. melakukan sedemikian kerana beliau pernah bermusafir bersama Nabi S.A.W. Apabila mereka sampai di tempat ini, Nabi S.A.W. melencong sedikit ke tepi jalan.

Dalam peristiwa yang lain, ketika mana beliau sedang dalam perjalanan menunaikan haji, beliau mendudukkan kenderaan beliau apabila sampai di suatu tempat. Lalu para sahabat menyangka bahawa beliau hendak menunaikan solat. Namun, apabila ditanya tentang hal tersebut, khadam beliau menjawab, “Sesungguhnya Nabi S.A.W. apabila sampai di tempat ini, Baginda berhenti seketika dan menqada’kan hajatnya. Maka beliau suka untuk mengqada’ hajatnya di sini juga.”

Beliau juga suka meletakkan untanya di mana Nabi S.A.W. meletakkan unta Baginda.

Adakah perbuatan seperti juga dituntut kepada umat Islam? Ia tidaklah dituntut. Namun ia hanyalah disebabkan kesempurnaan imannya kepada Baginda S.A.W. Kita tidak boleh mengutuk atau mencela pelakunya jika dia tidak mengajak orang lain untuk mengikutinya, kerana ianya tidak dituntut. Maka perlulah kita mengetahui bahawa perkara seperti ini tidak diwajibkan ke atas umat Islam untuk melakukannya.

Tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang itu melakukannya. Tetapi yang salahnya, apabila dia memaksa orang lain untuk mengikutinya juga serta mencela sesiapa sahaja yang meninggalkannya. Menjadi satu kesalahan juga jika seseorang itu menyangka bahawa ini merupakan salah satu cabang agama, dan menganggap sesiapa sahaja yang meninggalkannya, maka sesungguhnya dia telah meninggalkan sunnah.

Maka ditegaskan sekali lagi, bahawa perlu kita mengetahui perbezaan antara sunnah yang sebenar serta bid’ah.

Friday, January 2, 2009

Salam Pembaharuan..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU DAN MA'AL HIJRH..

Semoga tahun ini dan tahun tahun mendatang membawa seribu satu makna buat kita semua..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


dan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


dan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, January 1, 2009

Azam 2009??

Bila memperkatakan tentang thn baru semestinya smua org bertanya tentang azam baru..
mslhnya kita ni sentiasa berkobar-kobar masa membuat azam je..tp slps berlalunya thn baru,azam yg dibuat turut berlalu dgn sendirinya..biasala manusia bersifat pelupa..tp bg sesiapa yg dpt melaksanakan ape yg direncanakan syabas diucapkan..

Apakah azam anda pd thn ni??ada jgk org bertanya aku ape azam thn ni..tp xterjawab pulak..nak kate nak jd lbh baik mmg seharusnya bg seorg muslim hari ini perlu lbh baik dr semalam..kalo kate nak tgktkan amalan ibadah sepatutnya dr semasa ke semasa kita perlu tgkatkan amalan ibadah kita..mcm tu tak perlula tggu thn baru ye tak??xkesahla nak buat azam ke xnak ke..terpulang pd individu..kkdg azam ni penting juga utk mengingatkan kembali diri yg alpa..cuma seperkara yg tak dpt disangkal apabila msk thn baru bermakna semakin berkurang la umur kita dan makin bertambah tanggungjawab yg perlu dipikul..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Bagi org2 yg menyedari hakikat thn baru dan lebih berusaha utk menjadi muslim yg sejati, amat beruntungla bg mereka..tetapi amat sedih bg anak2 muda yg menganggap thn baru hanya perlu pergi ke dataran merdeka menyaksikan percikan2 cahaya bunga api,menghadiri konsert2 thn baru dan bermcm2 hiburan yg disajikan ketika bermulanya thn baru..dan lbh menyedihkan bila remaja yg menganggap thn baru adlh thn utk mereka lbh bebas drpd konkongan ibubapa dan bebas melakukan apa shja yg ingin dilakukan krna mereka tlh menjadi semakin dewasa..

Teringat kate2 kwn aku..bg org2 mcm kita,mlm thn baru ni biasa je..berbeza ngan golongan artis yg sibuk membuat persiapan mengadakan konsert..golongan yg inginkan keseronokan sibuk utk keluar rumah meraikan thn baru dgn rakan2..apepun sebaik2 sambutan adlh dgn rasa kesyukuran terhadap yg Esa...smga thn baru 2009 dan thn baru hijrah ni mampu memberikan suntikan baru untuk kita melakukan apa2 yg terbaik utk diri,keluarga masyarakat dan negara tercinta....