Thursday, December 18, 2008

manusia dan air..

Terinsaf sekejap tatkala abg yg kusayangi memberi tazkirah ketika dlm perjalanan g kenduri kawin sepupu..kebetulan sehari sblm perjalanan adalah hari lahir abgku yg ke 24..12/12/84..dan pd tarikh tersebut jgla dia menghadiri ceramah di sebuah masjid..begitu bertuah aku mempunyai abg sepertimu..tatkala org lain menyambut hari lahir dengan mengadakan jamuan bersama rakan2 tetapi kamu bermujahadah mendengar ceramah yg semestinya dapat membajai jiwamu..

sebagaimana yg dikatakan ustaz dlm ceramah tersebut..manusia ni sama mcm air..air mempunyai 3 kategori, mutlak, musta'mal dan muntanajis..cam tu jgk manusia..


ni kategori paling baik...kategori air mutlak-suci lagi menyucikan...so manusia pun sama..satu golongan yg suci dirinya dan mereka mampu menyucikan org lain.. maknanya di sini dia pun mampu membawa org lain turut sama melakukan kebaikan yg dia buat...

kategori air musta'mal-suci tp tak boleh menyucikan..manusia golongan ni pula dirinya suci tp dia tak mampu menyucikan org lain..wlaupun camtu,org lain still terasa aura atas kebaikan yg ada pd diri si pembuat kebaikan ni..

kategori air muntanajis-tak suci dan tak boleh menyucikan..golongan ni paling bahaya..diorg lakukan benda2 munkar malah boleh membawa org lain turut melakukan benda yg mereka lakukan..

so nilaila diri kt ni ada kat golongan mana..sama ada golongan pertama yg semestinya menjadi impian setiap hati2 yg selalu mengharapkan keredhaan Allah, golongan pertengahan yg rasa berpuas hati kerana kebaikan yg dilakukannya atau golongan ketiga yg boleh merosakkan pembangunan insan muslim...nauzubillah..

Wednesday, December 17, 2008

cinta,kasih,sayang...

benda ni dpt kat email ms thn 2006..saje nak refresh blk kat sini..

selalu yg terjadi....

CINTA :(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara, nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.

(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.

(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buatmacam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, takmelanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bknpraktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagiamembawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

dialog ringkas:

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertasberwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "AkuCinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apaertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh!

kesimpulannya,cintailah Ilahi cinta abadi..:)

Iman oh iman...

Nikmat iman dan Islam merupakan dua nikmat terbesar yang seharusnya kita syukuri dengan sebenar-benar syukur.. Perbahasan mengenai iman merupakan perbahasan yang paling penting untuk dibincangkan, kerana ianya yang akan menentukan di mana pengakhiran hidup kita di akhirat kelak.. Sama ada di syurga yang penuh nikmat, ataupun di neraka yang penuh azab..

Dengan iman, seorang mukmin dapat mengenali penciptanya.. Dengan iman juga, seorang ahli maksiat yang telah diseksa dengan dahsyat di dalam neraka akhirnya dapat merasai nikmat syurga..

Iman yang teguh tidak datang bergolek.. Sebaliknya, manusialah yang perlu bersungguh-sungguh berusaha mendapatkannya walau dengan apa jua caranya.. Lumrah alam, sesuatu yang berharga pastilah sukar untuk dicari..

Nabi Ibrahim di dalam surah Al-Baqarah ayat 260 pernah bermohon kepada Allah untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan semula orang yang telah mati.. Bukan kerana tidak percaya dengan kuasa Allah, tetapi hanyalah untuk menenangkan hatinya serta mengukuhkan keimanannya.. Maka Allah memerintahkannya untuk meletakkan 4 ekor burung di atas setiap bukit.. Kemudian disuruhnya untuk memangil kembali kesemua burung-burung tersebut, lalu mereka pun datang kepada Nabi Ibrahim dengan segera..

Nampak macam perkara mudah.. Tetapi bayangkan, hanya kerana ingin mengukuhkan keyakinannya terhadap kuasa Allah, Nabi Ibrahim perlu mendaki bukit-bukau dan bersusah payah menuruninya kembali.. Ini adalah isyarat yang diberikan Allah bahawa iman yang kukuh bukanlah satu perkara yang mudah untuk dimiliki..

Pada ayat sebelumnya, dinyatakan bahawa Allah mematikan seorang lelaki yang ingin mengetahui bagaimana Allah menghidupkan sesuatu yang telah mati, kemudian membangkitkannya semula selepas 100 tahun.. Setelah itu, barulah lelaki itu meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.. Nah, ini pula, selepas mati 100 tahun barulah dapat meyakini kekuasaan Allah.. Memang benarlah iman ini sukar dicari..

The wind beneath my wings (lyrics)

Ohhhh, oh, oh, oh, ohhh.
It must have been cold there in my shadow,
to never have sunlight on your face.
You were content to let me shine, that's your way.
You always walked a step behind.

So I was the one with all the glory,
while you were the one with all the strength.
A beautiful face without a name for so long.
A beautiful smile to hide the pain.

Did you ever know that you're my hero,
and everything I would like to be?
I can fly higher than an eagle,
for you are the wind beneath my wings.

It might have appeared to go unnoticed,
but I've got it all here in my heart.
I want you to know I know the truth, of course I know it.
I would be nothing without you.

Did you ever know that you're my hero?
You're everything I wish I could be.
I could fly higher than an eagle,
for you are the wind beneath my wings.

Did I ever tell you you're my hero?
You're everything, everything I wish I could be.
Oh, and I, I could fly higher than an eagle,
for you are the wind beneath my wings,
'cause you are the wind beneath my wings.

Oh, the wind beneath my wings.
You, you, you, you are the wind beneath my wings.
Fly, fly, fly away. You let me fly so high.
Oh, you, you, you, the wind beneath my wings.
Oh, you, you, you, the wind beneath my wings.

Fly, fly, fly high against the sky,
so high I almost touch the sky.
Thank you, thank you,
thank God for you, the wind beneath my wings

Di sini memori tercipta



Assalamualaikum dan salam ukhuwah buat semua..

Setelah sekian lama rakan2 menyarankan supaya membuat blog..tak pernaah terlintas sedikit pun utk memulakannya..terfikir nak tulis ape(sy ni bukan reti bab2 mengarang ni), ade masa ke nak tulis kat dlm blog ni dan bermcm2 lg la bermain kat fikiran ni..last2 sy kuburkan je kate2 smgt dr kwn2 utk buat blog..

Tp xtaula mcm mana blog ni boleh terhasil jgk akhirnya..tanpa perancangan,tanpa kemahiran dan segalanya tanpa,maka blog ni tercipta..wlaupun penghasilan blog ni pd awalnya utk tontonan sendiri:)...kepada yg bnyk membantu di awal2 pembikinan blog ni terima kasih diucapkan..juga kpda shbt2 yg bnyk memberi smgt utk menulis blog wpun dah berkurun baru skrg terlaksana:D..

Tak lupa juga kepada pengunjung blog ni, smga blog ni dpt mengeratkan ukhwah dan sedikit sbnyk dpt memberi manfaat kpd semua..maaf andai terdapat kelemahan dan tegurlah jika terdapat kekurangan..slm perkenalan buat anda smua:)

seindah mahabbah.. semanis ukhuwah..