Saturday, May 9, 2009

GooD ByE MaLaYsIa



haha..tengok tittle cam aku ni nak berpindah ke negara lain je..

actually aku nak pegi mengembara kejap je..almaklumla cuti sudah bermula..

seperti selalu, my family n i akan menuju ke satu destinasi untuk bercuti bersama..

kali ni percutian yang dipilih agak luar biasa (bg aku la)..my family memilih untuk membuat pengembaraan menggunakan kapal laut plak..merasa pengalaman baru..

okla, aku pun tak tau nak tulis ape..coz pengembaraan baru nak bermula..doakan aku selamat dalam perjalanan pergi dan balik..amin..

Thursday, April 30, 2009

Debaran hati...

Terasa bebas..bebas sebebas-bebasnya (boleh ke buat ayat BM macamni?)..
lega rasanya bila berjaya melepasi 4 paper exam berturut-turut..tu yang berturut-turut..yang sebelum ni tak kira lagi..hari-hari menghadap nota..
bak kata pepatah orang gila bola, makan bola, tido bola, mandi bola (eh adeke?)..mcmtu jgk bila tiba minggu peperiksaan..makan nota, tido nota, ngadap laptop pun bwk nota..huhu..boleh dikatakan tangan ni tak lepas dari nota-nota walaupun hakikatnya hanya memegang tanpa membaca..biasala kan bila pegang pun hati dah boleh jadi tenang..hehe

Actually bebas hanya sementara je..ade 4 sem lg perlu ditempuhi dan bermakna 4 kali lg menjadi pengunjung setiasa bangunan peperiksaan..sebut pasal bangunan peperiksaan ni, teringat waktu paling berdebar-debar masa study ni adalah waktu nak masuk dewan peperiksaan la rasanya (boleh pakai ke andaian ni..ke ade waktu lain contohnya ternampak si buah hati..huhu)..masa kat depan pintu macam-macam rasa ada..kepala ni rasa kosong..maklumla takut punya pasal..takut apa yang dibaca tak keluar..kalo tak keluar macam mana?..tak kan nak mintak tolong orang sebelah (pst..pst.. soalan satu ni apa dia nak?..itu pun kalo berani..) paling senang angkat tangan minta tolong pensyarah..(doktor soalan yang ni yang mane ye?) kalo bernasib baik dapatla jugak hint..tapi bukan jawapan..:)

Pada kekawan yang tak habis exam lagi janganlah berputus asa.. teruskan membaca..lakukan yang terbaik..anda juga akan merasai kebebasan, ketenangan setelah tamat peperiksaan..chayok2!!

Wednesday, March 25, 2009

Hati Yang Lara..

Di kala hati lara
jiwa Gundah gulana
Fikiran penuh prasangka
diri serba tak kena

Di kala hati lara
emosi menguasai jiwa
nafsu bermaharajalela
tindakan tersasar jua

Di kala hati lara
banyakkan sujud padaNya
Luahkan segala rasa
meminta petunjuk dariNya

Di kala hati lara
Kembalilah kepada yang Maha Esa....

Monday, March 2, 2009

hakikat bahagia..

i love dis song..dia song make me feel better..

Hakikat Bahagia
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com/

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada
Tuhan Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati
Allah Jiwa kan menjadi tenang

C/O :
Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan


Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Saturday, February 28, 2009

Hidup ini indah..

Hidup ini Indah.

Setuju?

Em, hidup ini indah pada mereka yang kenal apa itu erti keindahan.

Keindahan yang bukan sahaja dinilai dengan mata, sebaliknya dipandukan dengan iman dan taqwa di hati.

Hidup akan jadi tersangat indah dan lebih bermakna.

Kadang-kadang kita selalu rasa hidup kita sangat malang. Mungkin sebab terlalu banyak dugaan dan cubaan. Ataupun mungkin juga sebab kita tak puas dengan apa yang kita dah ada. Selalu terdetik kat hati "Indahnya kalau hidup aku macam si fulan bin si fulan". Mungkin bukan niat di hati untuk tidak redha pada ketentuan Allah s.w.t. tetapi atas kelemahan kita sebagai manusia, sering kali kita termakan bisikan syaitan.

Tapi,

Pernah tak kita cuba membandingkan hidup kita dengan mereka yang lebih kurang bernasib baik? Kita mungkin tak kaya, tapi sekurang-kurangnya beras di rumah tak pernah habis. Lauk masih terhidang kat atas meja setiap kali waktu makan, walaupun hanya ikan goreng, bandingkan macam mana dengan mereka yang tak ada makanan pun untuk dibuat alas perut. Bukankah mereka lebih malang?

Kita mungkin tak cantik. Tapi, sekurang-kurangnya kita masih sempurna. Cukup sifat dan anggota. Kita jauh lebih beruntung berbanding mereka yang tidak sempurna sifatnya.

Sebab itulah kita kena banyakkan bersyukur. Syukur dengan segala nikmat yang dikurnia Allah s.w.t. Bilamana kita bersyukur, Hidup Pasti akan jadi Lebih Indah..

Percayalah...