Saturday, February 28, 2009

Hidup ini indah..

Hidup ini Indah.

Setuju?

Em, hidup ini indah pada mereka yang kenal apa itu erti keindahan.

Keindahan yang bukan sahaja dinilai dengan mata, sebaliknya dipandukan dengan iman dan taqwa di hati.

Hidup akan jadi tersangat indah dan lebih bermakna.

Kadang-kadang kita selalu rasa hidup kita sangat malang. Mungkin sebab terlalu banyak dugaan dan cubaan. Ataupun mungkin juga sebab kita tak puas dengan apa yang kita dah ada. Selalu terdetik kat hati "Indahnya kalau hidup aku macam si fulan bin si fulan". Mungkin bukan niat di hati untuk tidak redha pada ketentuan Allah s.w.t. tetapi atas kelemahan kita sebagai manusia, sering kali kita termakan bisikan syaitan.

Tapi,

Pernah tak kita cuba membandingkan hidup kita dengan mereka yang lebih kurang bernasib baik? Kita mungkin tak kaya, tapi sekurang-kurangnya beras di rumah tak pernah habis. Lauk masih terhidang kat atas meja setiap kali waktu makan, walaupun hanya ikan goreng, bandingkan macam mana dengan mereka yang tak ada makanan pun untuk dibuat alas perut. Bukankah mereka lebih malang?

Kita mungkin tak cantik. Tapi, sekurang-kurangnya kita masih sempurna. Cukup sifat dan anggota. Kita jauh lebih beruntung berbanding mereka yang tidak sempurna sifatnya.

Sebab itulah kita kena banyakkan bersyukur. Syukur dengan segala nikmat yang dikurnia Allah s.w.t. Bilamana kita bersyukur, Hidup Pasti akan jadi Lebih Indah..

Percayalah...

Monday, February 23, 2009

Family Day SMPI

Semalam baru sahaja diadakan family day untuk budak-budak sarjana muda pendidikan Islam(SMPI) dari first batch hingga akak-akak dan abg-abg yang dah final year..Family day ni diadakan di taman tasik perdana,kuala lumpur.. Dengan bertemakan seindah perkenalan, semekar kenangan, program yang pertama kali diadakan ini mendapat sambutan yang sangat meriah daripada pelajar-pelajar,pensyarah dan penyelaras program SMPI..Ni wajah-wajah keriangan siswi-siswi SMPI tahun 2..



banyak juga aktiviti yang menarik..tapi oleh kerana kesuntukan masa, ada beberapa yang tak dapat dilaksanakan..walau apapun tetap menggembirakan..ni antara aktiviti yang telah berjaya menghuru harakan family day hari tu...



muka-muka siswa-siwa SMPI thn 2 yang bersemangat nak menang tapi terkandas tengah jalan..x berapa nak kuat..oppss bukan-bukan..actually kawasan yang dorg dapat tu lecak..tu yang kalah tu(ayat backing ni)..huhu


turut tak ketinggalan pensyarah-pensyarah yang amat sporting..anak ustaz rahimi yang menjerit memberi sokongan kepada ayahnya.."papa..papa..."so cute... dan team pensyarah telah memenangi tempat pertama dalam acara tarik tali ni..syabas ustaz!!



Gambar mahasiswa dan mahasiswi SMPI 07/08..moga ukhwah yang dibina terus berkekalan dan semoga program-program seperti ini dapat dijalankan pada sem seterusnya..:)

Thursday, February 12, 2009

10minit tanpa elektrik

"Perhatian kepada warga kolej, bekalan elektrik akan tergendala selama 1/2 jam atas pengendalian sistem bla,bla,bla.."..camnilah bentuk announcement yang dibuat tadi..saat-saat camni mula la mengeluh, "la letrik takde la pulak, apa nak buat ni??"..dan fikiran aku ni mula membuat perancangan..

1. nak start enjin kereta,keluar dari kolej (tapi nak g mana malam-malam ni??)
2. nak teruskan niat membuat assignment berbekalkan bateri laptop yang tahan tak berapa lama ni
3. nak jalan-jalan kat bawah amik udara yang segar (lagipun dah mula kedengaran suara riuh warga-warga kolej yang mula keluar dari bilik)
4. bukak blog, buat entri baru..

Setelah mencerna satu-satu idea yang timbul akhirnya aku membuat keputusan untuk memilih melakukan perkara yang keempat tu..lebih relevan di waktu malam ni..sebelum menanti bekalan elektrik terputus sempat juga aku menyiapkan assignment,sampai berpinar-pinar jugala mata ni sebab lagi sikit je nak siap bekalan elektrik terputus..so malas nak tangguh kerja yang tinggal lagi sikit tu, aku besarkanla sikit biji mata aku ni menghadap buku..time ni mula terfikir camnila agaknye mak aku belaja dulu..terinsaf sekejap (mak aku suka cerita dia belajar camna dulu..nak anak dia ni sentiasa bersyukur sebab diberi segala kemudahan..thanks mum)

Dah siap assignment,aku pun kembali kepada perancangan tadi..elektrik pun tengah takde..baru je tulis tajuk entri ni tetiba elektrik ada balik..dari setengah jam ketiadaan elektrik menjadi 10minit tanpa elektrik..alhamdulillah..ade hikmahnya aku tak ikutkan hati (kalo ikutkan hati tadi aku memilih perancangan yang first..huhu)..tapi oleh sebab aku dah membuat perancangan nak tambah entri tadi aku pun teruskan menaip..sekarang ni elektrik dah ada balik..nak buat ape pulak ni??assignment dah siap..okla nak teruskan misi baru pulak:D

Sunday, February 8, 2009

Bila ibu marah:)


p/s: kepada ibu-ibu semalaysia janganla buat begini jika anda marah pada anak-anak kecil anda..kesian..huhu

Tuesday, February 3, 2009

Aku dan kereta

Seawal 7 pagi dah bertolak dari puchong menuju ke UM..kebiasaanya waktu ni tak jem lagi..tapi hari ni merupakan satu pengalaman baru untuk pemandu yang masih memegang lesen P seperti aku(tapi dah nak habis dah bulan 5 ni)..jem teruk di tiga kawasan iaitu jem di tol yang dekat kelana jaya tu,jalan nak masuk federal highway dan depan angkasapuri..cukup-cukup membuatkan pagi nan sayu(sebab kene balik UM) menjadikan pagi yang sangat mencabar(bagi orang lain maybe dah biasa kot)..

Selama ni aku cukup takut nak berhadapan ngan jem..setakat jem sket2,yang tak banyak line jalan tu xpela..ni sampai berlapis-lapis kereta..perkara yang cukup membimbangkan waktu nak kene selit-selit untuk menghimpit ke kiri(kalo tak terlepas pulak persimpangan)..tapi hari ni aku berjaya mengatasi ketakutan tu dengan pemanduan yang penuh berkhemah(ayat perasan..huhu)..syabas buat diriku!!(mengikut pakar motivasi sesekali kita kene ucap tahniah kat diri kita sendiri:p)

Sebenarnya aku ni seorang yang cukup penakut nak bawa kereta satu ketika dulu..lesen pun terpaksa ambil disebabkan ayah dah mendaftar kat sebuah kelas memandu ni..masa tu aku akhir sem kat nilam puri..balik-balik je tetiba ayah kata minggu depan start belaja kereta..nak tak nak terpaksa la pegi..setelah belajar selama sebulan lebih,akhirnya berjaya juga aku dapatkan lesen P ni(tu pun terlalu panjang kisah masa nak dapatkan lesen P ni)..after that,tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk menggunakan lesen P ni supaya boleh memandu ke mana-mana,ingatkan nak simpan je dalam beg duit buat pekasam..huhu



Akhirnya matlamat seorang budak yang penakut ni tak berjaya(nak simpan je lesen tu)..aku terpaksa membawa kereta disebabkan malas nak berebut bas time nak g kelas(alhamdulillah ade kete lebih kat umah:p)..dengan tekad yang tak seberapa tu,aku bawa jugak kereta..mula-mula memandu dalam kawasan UM je..pegi isi minyak pun orang yang tolong(thanks kak sa)..hehe..tapi lama kelamaan semua tempat aku redah..biasala dah mula selesa kan..cuma balik johor je tak pernah lagi sebab ayah tak bagi(maybe sbb sorang diri)..

Pengajaran yang aku dapat dari cerita aku ni adalah atasi ketakutan yang kita ada dengan menghadapinya..setiap benda ada cabarannya..cabaran membuatkan kita lebih bersedia dan lebih maju ke hadapan..jadi jangan biarkan ketakutan membelenggu diri anda..atasinya dengan semangat,azam dan tekad yang kuat..insyaAllah kita pasti berjaya..

p/s:entri ni juga ditujukan khas buat seorang hamba Allah yang dekat dengan diriku..semoga kita sama-sama dapat mengatasi ketakutan yang ada dalam diri kita..peace no war:p