Tuesday, February 3, 2009

Aku dan kereta

Seawal 7 pagi dah bertolak dari puchong menuju ke UM..kebiasaanya waktu ni tak jem lagi..tapi hari ni merupakan satu pengalaman baru untuk pemandu yang masih memegang lesen P seperti aku(tapi dah nak habis dah bulan 5 ni)..jem teruk di tiga kawasan iaitu jem di tol yang dekat kelana jaya tu,jalan nak masuk federal highway dan depan angkasapuri..cukup-cukup membuatkan pagi nan sayu(sebab kene balik UM) menjadikan pagi yang sangat mencabar(bagi orang lain maybe dah biasa kot)..

Selama ni aku cukup takut nak berhadapan ngan jem..setakat jem sket2,yang tak banyak line jalan tu xpela..ni sampai berlapis-lapis kereta..perkara yang cukup membimbangkan waktu nak kene selit-selit untuk menghimpit ke kiri(kalo tak terlepas pulak persimpangan)..tapi hari ni aku berjaya mengatasi ketakutan tu dengan pemanduan yang penuh berkhemah(ayat perasan..huhu)..syabas buat diriku!!(mengikut pakar motivasi sesekali kita kene ucap tahniah kat diri kita sendiri:p)

Sebenarnya aku ni seorang yang cukup penakut nak bawa kereta satu ketika dulu..lesen pun terpaksa ambil disebabkan ayah dah mendaftar kat sebuah kelas memandu ni..masa tu aku akhir sem kat nilam puri..balik-balik je tetiba ayah kata minggu depan start belaja kereta..nak tak nak terpaksa la pegi..setelah belajar selama sebulan lebih,akhirnya berjaya juga aku dapatkan lesen P ni(tu pun terlalu panjang kisah masa nak dapatkan lesen P ni)..after that,tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk menggunakan lesen P ni supaya boleh memandu ke mana-mana,ingatkan nak simpan je dalam beg duit buat pekasam..huhu



Akhirnya matlamat seorang budak yang penakut ni tak berjaya(nak simpan je lesen tu)..aku terpaksa membawa kereta disebabkan malas nak berebut bas time nak g kelas(alhamdulillah ade kete lebih kat umah:p)..dengan tekad yang tak seberapa tu,aku bawa jugak kereta..mula-mula memandu dalam kawasan UM je..pegi isi minyak pun orang yang tolong(thanks kak sa)..hehe..tapi lama kelamaan semua tempat aku redah..biasala dah mula selesa kan..cuma balik johor je tak pernah lagi sebab ayah tak bagi(maybe sbb sorang diri)..

Pengajaran yang aku dapat dari cerita aku ni adalah atasi ketakutan yang kita ada dengan menghadapinya..setiap benda ada cabarannya..cabaran membuatkan kita lebih bersedia dan lebih maju ke hadapan..jadi jangan biarkan ketakutan membelenggu diri anda..atasinya dengan semangat,azam dan tekad yang kuat..insyaAllah kita pasti berjaya..

p/s:entri ni juga ditujukan khas buat seorang hamba Allah yang dekat dengan diriku..semoga kita sama-sama dapat mengatasi ketakutan yang ada dalam diri kita..peace no war:p

Monday, February 2, 2009

BOLHE ACBE ATK???

Msg fwd dari friendster(thanks syud)..agak menarik untuk dikongsi..happy reading:)

Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-)
fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too..Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.
subahanallah.

Sunday, February 1, 2009

Malam yang sibuk

Ni ada teka teki nak bagi..banyak-banyak malam(masa dirumah),malam apakah yang paling sibuk??kalau jawapan aku,malam paling sibuk bila duduk kat rumah adalah malam sebelum berangkat nak balik UM:)..time ni la macam-macam benda nak buat..nak kemas barang,nak siapkan assignment dan yang paling penting nak masak makanan yang boleh membuatkan diriku terkenang-kenang masa kat kolej nanti..huhu..malam ni aku masak nasi lemak..makanan ni telah membuatkan aku terbayang-bayang masa kat kolej aritu..bukan tak boleh dapat nasi lemak kat UM tu,melambak..tp rasanya tak sama dengan buatan sendiri walaupun tak sedap(tp bagi aku mestilah sedap kan..air tangan sendiri..huhu)..


Perkara yang tak kurang pentingnya time malam sebelum balik UM ni adalah menggoreng keropok ikan sebagai bekalan..keropok ikan ni kene goreng paling kurang dua balang bekas..bekalan di kala kelaparan kat kolej..lagipun rumate aku yang sorang ni(fiza) kuat makan(termasuk yang menulis ni..hihi)..nak suruh si fiza ni bawak bekalan,alamat membeli je la bila kat kolej nanti..tp xpela si fiza ni orang terengganu..balik naik bas..nak dibandingkan dengan aku,duduk dekat sket dengan kl, dan ayah yang hantar balik nanti..jadi apa-apa yang berkaitan hal dapur kecik kat bilik kami,barang-barang yang perlu dibawa,biarlah aku yang uruskan(kerana aku sayang kamu)..hal kemas mengemas biasanya si fiza la yang uruskan..huhu

Esok pagi-pagi dah bertolak..waktu camni la buat hati ni sayu..rasa tak puas duk umah..pasni dah kene jalankan rutin kat U pulak..assignment berlambak menunggu..ya Allah permudahkanlah urusanku..

Thursday, January 29, 2009

Atas Nama Ibu

Terdetik nak tulis kat sini sewaktu menonton cerita atas nama ibu kat atro prima jam 2 petang tadi..cerita ni bebetul mempunyai nilai dan pengajaran yang tinggi untuk kita semua..cerita ni mengisahkan tentang seorang wanita yang berstatus ibu, dipenjarakan kerana dituduh membunuh suaminya..3 orang anak wanita ini yg sudah berumahtangga..tetapi hanya seorang anak lelaki yang sentiasa melawat ibunya dipenjara walaupun selalu mendapat layanan yang dingin daripada ibunya ketika lawatan..2 lagi anaknya langsung tidak mempedulikan beliau..

Anak lelaki yang berbuat baik pada ibunya ni hanya tinggal di sebuah kampung manakala abg dan kakaknya menetap di bandar..selepas wanita ni keluar dari penjara anak lelakinya yang taat ni la yang menjaga beliau..2 orang lagi anaknya langsung tak tunjuk muka kecualila kalo ade hal yg berkaitan wasiat..dipendekkan cerita akhir kisah ni semua anak-anaknya menjadi baik..tu pun selepas 2 orang anaknya ni ditimpa kesusahan..seorang bankrup seorg lagi tak tengok pulak(sebab pegi dapur..hehe)..anak yang dikampung juga yang hidup dengan aman dan selesa walaupun tanpa kemewahan..

Kisah ni amat dekat dengan kehidupan kita sekarang..berapa ramai anak-anak yang lupa pada ibu bapa selepas mereka mendapat kejayaan..yang sanggup hantar mak ayah ke rumah orang-orang tua kerana mengejar kemewahan..teringat kata-kata ustaz zawawi(pensyarah yang ajar kaedah bahasa arab sem ni)..sebenarnya kalo kita bela mak ayah kita yang dah tua,kita tak akan bertambah miskin..harta kita tak akan berkurang sebab belikan barang-barang keperluan mak ayah kita,beri makan pada mereka..malah kita menjadi semakin kaya kerana setiap orang tu ada rezeki yang Allah bagi..mak ayah kita ada rezeki untuk mereka yang Allah bagi..so kalo kita bela mak ayah kita yang dah tua,maka bertambahlah rezeki kita..walau sesusah mana kita,kalo kita bela mak ayah dengan ikhlas,insyaAllah rezeki tu tetap ada..benda ni bukan percakapan kosong,tapi dari pengalaman-pengalaman mereka yang menjaga orang tuanya..

Perkara ni dikhususkan terutamanya pada kaum lelaki la..kerana syurga seorang lelaki terletak di bawah telapak kaki seorang ibu..walaupun sudah berkahwin ibu tetap berada ditangga teratas dan isteri di tangga kedua(tapi janganla sampai menganiaya isteri<- ditujukan pada orang yang suka ambil kesempatan atas kata-kata ni:p)..lain pula ngan si isteri..kalo dah berkahwin ibu dah jadi no 2..suamilah yang menjadi keutamaan kita(berat tugas ni)..

Jadi kepada para-para lelaki andalah yang akan mencorakkan sebuah keluarga dan andalah yang bertanggungjawab mendidik isteri dan menjaga ibu bapa anda yang sudah tua..kepada para wanita janganla bersedih..walaupun ibu bapa kita dah jadi no 2 selepas kita berkahwin,walaupun pada hakikatnya merekalah yang bersusah payah mendidik kita..tetapi ingatlah,kalau kita mampu menjadi isteri yang baik kepada suami,ibu bapa kita turut berasa gembira dan mudah-mudahan mereka diberi pahala atas didikan yang baik kepada kita..dan jikalau ditakdirkan suami or bakal suami kita menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua,bantulah mereka agar mereka menjadi anak yang soleh dan tergolong dalam orang-orang yang berbakti pada ibu bapa..

Doakanlah ibu bapa kita agar mereka sentiasa dilindungan dan dirahmati oleh Allah dan mudah-mudahan mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang soleh..

اللهما اغفرلي ذنوبي ولوالديٌ وارحمما كما ربُياني صغيرا

" Ya Allah, ampunilah dosaku dan kedua ibu bapaku, Dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka menjagaku semasa kecil"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, January 21, 2009

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu...

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fajr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt.
Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., ”Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?”

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.

Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.”
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak
seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan
bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun
sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan
keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu
di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…