Thursday, December 18, 2008

manusia dan air..

Terinsaf sekejap tatkala abg yg kusayangi memberi tazkirah ketika dlm perjalanan g kenduri kawin sepupu..kebetulan sehari sblm perjalanan adalah hari lahir abgku yg ke 24..12/12/84..dan pd tarikh tersebut jgla dia menghadiri ceramah di sebuah masjid..begitu bertuah aku mempunyai abg sepertimu..tatkala org lain menyambut hari lahir dengan mengadakan jamuan bersama rakan2 tetapi kamu bermujahadah mendengar ceramah yg semestinya dapat membajai jiwamu..

sebagaimana yg dikatakan ustaz dlm ceramah tersebut..manusia ni sama mcm air..air mempunyai 3 kategori, mutlak, musta'mal dan muntanajis..cam tu jgk manusia..


ni kategori paling baik...kategori air mutlak-suci lagi menyucikan...so manusia pun sama..satu golongan yg suci dirinya dan mereka mampu menyucikan org lain.. maknanya di sini dia pun mampu membawa org lain turut sama melakukan kebaikan yg dia buat...

kategori air musta'mal-suci tp tak boleh menyucikan..manusia golongan ni pula dirinya suci tp dia tak mampu menyucikan org lain..wlaupun camtu,org lain still terasa aura atas kebaikan yg ada pd diri si pembuat kebaikan ni..

kategori air muntanajis-tak suci dan tak boleh menyucikan..golongan ni paling bahaya..diorg lakukan benda2 munkar malah boleh membawa org lain turut melakukan benda yg mereka lakukan..

so nilaila diri kt ni ada kat golongan mana..sama ada golongan pertama yg semestinya menjadi impian setiap hati2 yg selalu mengharapkan keredhaan Allah, golongan pertengahan yg rasa berpuas hati kerana kebaikan yg dilakukannya atau golongan ketiga yg boleh merosakkan pembangunan insan muslim...nauzubillah..

No comments:

Post a Comment