Wednesday, December 17, 2008

Iman oh iman...

Nikmat iman dan Islam merupakan dua nikmat terbesar yang seharusnya kita syukuri dengan sebenar-benar syukur.. Perbahasan mengenai iman merupakan perbahasan yang paling penting untuk dibincangkan, kerana ianya yang akan menentukan di mana pengakhiran hidup kita di akhirat kelak.. Sama ada di syurga yang penuh nikmat, ataupun di neraka yang penuh azab..

Dengan iman, seorang mukmin dapat mengenali penciptanya.. Dengan iman juga, seorang ahli maksiat yang telah diseksa dengan dahsyat di dalam neraka akhirnya dapat merasai nikmat syurga..

Iman yang teguh tidak datang bergolek.. Sebaliknya, manusialah yang perlu bersungguh-sungguh berusaha mendapatkannya walau dengan apa jua caranya.. Lumrah alam, sesuatu yang berharga pastilah sukar untuk dicari..

Nabi Ibrahim di dalam surah Al-Baqarah ayat 260 pernah bermohon kepada Allah untuk melihat bagaimana Allah menghidupkan semula orang yang telah mati.. Bukan kerana tidak percaya dengan kuasa Allah, tetapi hanyalah untuk menenangkan hatinya serta mengukuhkan keimanannya.. Maka Allah memerintahkannya untuk meletakkan 4 ekor burung di atas setiap bukit.. Kemudian disuruhnya untuk memangil kembali kesemua burung-burung tersebut, lalu mereka pun datang kepada Nabi Ibrahim dengan segera..

Nampak macam perkara mudah.. Tetapi bayangkan, hanya kerana ingin mengukuhkan keyakinannya terhadap kuasa Allah, Nabi Ibrahim perlu mendaki bukit-bukau dan bersusah payah menuruninya kembali.. Ini adalah isyarat yang diberikan Allah bahawa iman yang kukuh bukanlah satu perkara yang mudah untuk dimiliki..

Pada ayat sebelumnya, dinyatakan bahawa Allah mematikan seorang lelaki yang ingin mengetahui bagaimana Allah menghidupkan sesuatu yang telah mati, kemudian membangkitkannya semula selepas 100 tahun.. Setelah itu, barulah lelaki itu meyakini bahawa Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.. Nah, ini pula, selepas mati 100 tahun barulah dapat meyakini kekuasaan Allah.. Memang benarlah iman ini sukar dicari..

No comments:

Post a Comment